Tuesday 11 October 2011

DEFINISI GARAM BUKIT HIMALAYA



Garam Bukit atau juga dikenali dengan nama "Rock Salt" terhasil daripada proses mendapan garam laut berjuta-juta tahun dahulu. Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari unsur pencemaran. Ia banyak terdapat di kawasan tanah tinggi, bukit bukau, gunung-ganang dan juga banyak terdapat di kawasan tasik yang te...lah kering. Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sehingga garam bukit terjadi. Ianya kelihatan jernih dan semulajadi akibat daripada tekanan kerana semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya.

Garam Bukit Himalaya pula ialah garam bukit yang terdapat di pergunungan Himalaya di sebuah kawasan Karakoram di timur negara Pakistan. Tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyumbang kepada kewujudan garam bukit ini. Dikatakan garam bukit dari kawasan ini merupakan garam bukit yang paling baik sekali mutunya.

No comments:

Post a Comment